Wednesday, May 28, 2008

keindahan orang yang sabar




Sifat sabar dalam menghadapi kesempitan ,kesusahan dan penderitaan berfungsi mendidik,mengasuh dan menyediakan jiwa manusia supaya tidak hilang semangat setiap kali ditimpa kesusahan dan rebah serta cemas ketika dalam kesempitan.Itulah sifat tabah,gigih dan teguh sehingga dirasakan malapetaka bertukar menjadi manis. Sikap sabar dan memaafkan perbuatan orang yang suka menyakiti kita adalah satu sifat yang mulia kerana sikap ini boleh membentuk pihak satu lagi kearah kebaikan kerana kejalan itu sentiasa terbentang luas.
Maka terserahlah kepada manusia sendiri untuk memilih jalannya kerana manusia telah dikurniakan akal untuk berfikir dan tenaga untuk berusaha.

No comments: