Saturday, May 24, 2008

Akta kawal kehilangan kanak-kanak

Pihak kementerian telah melaksanakan beberapa program untuk menyampaikan kempen kesedaran dikalangan pelajar.Namun begitu,kerjasama pihak ibu bapa tetap menjadi elemen terpenting bagi memantau perkembangan dan aktiviti anak-anak agar tidak terpengaruh dengan anasir luar yang menjadi penyumbang utama kes ini.
Kanak-kanak adalah generasi pelapis kepimpinan bangsa dan negara masa depan. Justeru,pengabaian dalam pengeksploitasi potensi dan masa depan mereka tidak harus berlaku dan akan menyebabkan negara mengalami kerugian besar kelak.
Sebelum ini ramai ibu bapa yang agak pesimis dengan Akta Kanak-Kanak 2001 yang antaranya menyatakan bahawa mana-mana ibu bapa yang cuai sehingga menyebabkan anak-anak mereka hilang.diculik,melakukan perbuatan aniaya,abai atau mendedahkan kanak-kanak kepada kemungkinan
kecederaan fizikal,mental dan emosi boleh didakwa di mahkamah.
Jika sabit kesalahan ,mereka yan gterlibat boleh dihukum denda maksimum penjara 10 tahun atau di denda RM 20000 atau kedua-duanya sekali.
Ada yang merungut,jika begitulah pernyataannya,maka sudah pasti tidak akan wujud keadilan kepada ibu bapa.Ini kerana ibu bapa yang terbabit akan didakwa,manakala penjenayah yang melakukannya akan terlepas.
Jika selama ini kita beranggapan pihak berkuasa lemah dalam mengenali kes-kes kehilangan dan penganiayaan kanak-kanak sebagai ibu bapa
pula apakah peranan yang telah kita mainkan untuk menbantu pihak berkuasa dalam usaha membendung kes-kes tersebut?
Pihak berkuasa bertungkus lumus dengan tugas-tugas menjaga keselamatan rakyat keseluruhannya lebih-lebih lagi kanak-kanak tidak harus dipersalhkan.
Kewujudan akta seperti ini sedikit sebanyak memberi motivasi dan tanggungjawab kepada pihak berkuasa untuk bergandingan dengan para ibu bapa dalam memastikan keselamatan dan pergerakan anak-anak kita seharian dalam pemantauan bersama.
Andai kata ada di kalangan ibu bapa ditahan untuk didakwa dan disabitkan dengan kesalahan pengabaian maka mereka sekurang-kurangnya akan sedar betapa pentingnya tumpuan dan pemerhatian diutamakan dalam menjaga keselamatan anak-anak sendiri tanpa terlalu meletakkan tugas tersebut kepada pihak berkuasa.
Anak tu amanah Tuhan,runggutan para ibu bapa berkaitan ketidakadilan dan kewjaran hukuman adalah kerana kita beranggapan tugas menjaga dan memantau anak-anak untuk sepanjang masa adalah sesuatu yang sukar dan terlalu berat untuk dilaksanakan.
Seruan agar semua ibu bapa sama-sama memikul hak dan tanggungjawab dalam memastikan apa jua undang-undang atau akta yang digubal dapat dilaksanakan atas muafakat bersama.Bukan saja termaktub di atas kertas tetapi penguatkuasanya dijemalkan dengan perkongsian memikul amanah bagi membendung kes jenayah yang membabitkan kanak-kanak di negara ini.




No comments: