aPA apa aJE . . . . . .

bicara

Friday, May 30, 2008

Kuih Lopes




Bahan-bahan:

1kg beras pulut 5 helai daun pandan
1 biji kelapa parut 1 cawan gula melaka
daun pisang

cara-cara memasak:

1) Rendam pulut hingga kembang dan kukus setengah masak.
2) Gaul pulut dengan perahan air daun pandan.
3) sementara itu,ambil daun pisang untuk dibuat kelongsong dan ikat di bahagian pangkal dangan tali.Masukkan pulut dan ikat di bahagian hujungnya.
4) Kukus pulut hingga masak dan sejukkan. campurkan kelapa dengan garam.
5) Potong pulut yang sejuk dan gaulkan dengan kelapa parut.Hidangkan lopes bersama air gula
Melaka.

Wednesday, May 28, 2008

keindahan orang yang sabar

Sifat sabar dan suka memaafkan kesilapan orang lain adalah sikap yang baik daripada sikap membalas balik perbuatan tersebut.sikap sabar mampu membawa keamanan dan keharmonian manusia sejagat

keindahan orang yang sabar




Sifat sabar dalam menghadapi kesempitan ,kesusahan dan penderitaan berfungsi mendidik,mengasuh dan menyediakan jiwa manusia supaya tidak hilang semangat setiap kali ditimpa kesusahan dan rebah serta cemas ketika dalam kesempitan.Itulah sifat tabah,gigih dan teguh sehingga dirasakan malapetaka bertukar menjadi manis. Sikap sabar dan memaafkan perbuatan orang yang suka menyakiti kita adalah satu sifat yang mulia kerana sikap ini boleh membentuk pihak satu lagi kearah kebaikan kerana kejalan itu sentiasa terbentang luas.
Maka terserahlah kepada manusia sendiri untuk memilih jalannya kerana manusia telah dikurniakan akal untuk berfikir dan tenaga untuk berusaha.

Sunday, May 25, 2008

Kata manis


Kata yang paling indah di bibir umat manusia adalah kata "ibu"dan panggilan paling indah adalah "ibuku".Ini adalah kata penuh harapan dan cinta , kata manis dan baik yang keluar dari kedalaman hati.

Saturday, May 24, 2008

Akta kawal kehilangan kanak-kanak

Pihak kementerian telah melaksanakan beberapa program untuk menyampaikan kempen kesedaran dikalangan pelajar.Namun begitu,kerjasama pihak ibu bapa tetap menjadi elemen terpenting bagi memantau perkembangan dan aktiviti anak-anak agar tidak terpengaruh dengan anasir luar yang menjadi penyumbang utama kes ini.
Kanak-kanak adalah generasi pelapis kepimpinan bangsa dan negara masa depan. Justeru,pengabaian dalam pengeksploitasi potensi dan masa depan mereka tidak harus berlaku dan akan menyebabkan negara mengalami kerugian besar kelak.
Sebelum ini ramai ibu bapa yang agak pesimis dengan Akta Kanak-Kanak 2001 yang antaranya menyatakan bahawa mana-mana ibu bapa yang cuai sehingga menyebabkan anak-anak mereka hilang.diculik,melakukan perbuatan aniaya,abai atau mendedahkan kanak-kanak kepada kemungkinan
kecederaan fizikal,mental dan emosi boleh didakwa di mahkamah.
Jika sabit kesalahan ,mereka yan gterlibat boleh dihukum denda maksimum penjara 10 tahun atau di denda RM 20000 atau kedua-duanya sekali.
Ada yang merungut,jika begitulah pernyataannya,maka sudah pasti tidak akan wujud keadilan kepada ibu bapa.Ini kerana ibu bapa yang terbabit akan didakwa,manakala penjenayah yang melakukannya akan terlepas.
Jika selama ini kita beranggapan pihak berkuasa lemah dalam mengenali kes-kes kehilangan dan penganiayaan kanak-kanak sebagai ibu bapa
pula apakah peranan yang telah kita mainkan untuk menbantu pihak berkuasa dalam usaha membendung kes-kes tersebut?
Pihak berkuasa bertungkus lumus dengan tugas-tugas menjaga keselamatan rakyat keseluruhannya lebih-lebih lagi kanak-kanak tidak harus dipersalhkan.
Kewujudan akta seperti ini sedikit sebanyak memberi motivasi dan tanggungjawab kepada pihak berkuasa untuk bergandingan dengan para ibu bapa dalam memastikan keselamatan dan pergerakan anak-anak kita seharian dalam pemantauan bersama.
Andai kata ada di kalangan ibu bapa ditahan untuk didakwa dan disabitkan dengan kesalahan pengabaian maka mereka sekurang-kurangnya akan sedar betapa pentingnya tumpuan dan pemerhatian diutamakan dalam menjaga keselamatan anak-anak sendiri tanpa terlalu meletakkan tugas tersebut kepada pihak berkuasa.
Anak tu amanah Tuhan,runggutan para ibu bapa berkaitan ketidakadilan dan kewjaran hukuman adalah kerana kita beranggapan tugas menjaga dan memantau anak-anak untuk sepanjang masa adalah sesuatu yang sukar dan terlalu berat untuk dilaksanakan.
Seruan agar semua ibu bapa sama-sama memikul hak dan tanggungjawab dalam memastikan apa jua undang-undang atau akta yang digubal dapat dilaksanakan atas muafakat bersama.Bukan saja termaktub di atas kertas tetapi penguatkuasanya dijemalkan dengan perkongsian memikul amanah bagi membendung kes jenayah yang membabitkan kanak-kanak di negara ini.




Friday, May 9, 2008

bisik

Harga beras naik melambung dan pengilang sedang mengaut untung besar.
namun,apa jadi kepada pesawah?Tahukah kita rata-rata mereka yang masih setia membuat bendang menanggung rugi setiap kali musim menuai kerana kos input tani yang semakin tinggi.
Tahukah kita lagi,harga padi dari sawah di Kedah cuma RM 650 setan.
Bandingkan pula dengan harga beras.Harga beras super (kualiti baik yang dihasilkan oleh pesawah kita)kini mencecah sehingga RM36 bagi hanya 10kg.
Bagi penoreh getah dan pengusaha kelapa sawit,pendapatan mereka jauh lebih lumayan kerana komoditi itu dijual mengikut harga pasaran.
Sudah sampai masanya.Awang cadangkan,harga padi turut diapungkan mengikut harga semasa.
Jika itu berlaku,ia akan menjadikan bidang kerjaya pesawah cukup menarik bagi golongan muda dan sekali gus mampu melonjakkan pengeluarannya.
Akhir sekali,tahukah kita,pesawah yang ada kini,rata-rata pesawah tua yang hanya menunggu masa untuk meninggalkan kita semua.. . . . . . . . .

Thursday, May 8, 2008

Pengenalan Kursus


Kursus Pengenalan Internet

Internet adalah singkatan kapada "International Networking"

Internet adalah kumpulan atau jaringan komputer yang terdapat di seluruh dunia.Internet aalah satu kemudahan yang membolehkan kita mendapatkan maklumat serta dapat berkomunikasi dengan segera.sehingga sekarang dianggarkan terdapat lebih dari 50000 jaringan dengan 50 juta alamat diseluruh dunia.Internet juga biasa di sebut sebagai ruang Maya.