Friday, May 9, 2008

bisik

Harga beras naik melambung dan pengilang sedang mengaut untung besar.
namun,apa jadi kepada pesawah?Tahukah kita rata-rata mereka yang masih setia membuat bendang menanggung rugi setiap kali musim menuai kerana kos input tani yang semakin tinggi.
Tahukah kita lagi,harga padi dari sawah di Kedah cuma RM 650 setan.
Bandingkan pula dengan harga beras.Harga beras super (kualiti baik yang dihasilkan oleh pesawah kita)kini mencecah sehingga RM36 bagi hanya 10kg.
Bagi penoreh getah dan pengusaha kelapa sawit,pendapatan mereka jauh lebih lumayan kerana komoditi itu dijual mengikut harga pasaran.
Sudah sampai masanya.Awang cadangkan,harga padi turut diapungkan mengikut harga semasa.
Jika itu berlaku,ia akan menjadikan bidang kerjaya pesawah cukup menarik bagi golongan muda dan sekali gus mampu melonjakkan pengeluarannya.
Akhir sekali,tahukah kita,pesawah yang ada kini,rata-rata pesawah tua yang hanya menunggu masa untuk meninggalkan kita semua.. . . . . . . . .

No comments: